top of page

PRODUK TEMPATAN

Sediada Biz menawarkan pelbagai produk berasaskan plastik yang berlainan untuk kegunaan komersil dan perindustrian di Malaysia. Produk plastik kami terdiri daripada bekas plastik, palet plastik, bakul plastik, kotak perindustrian plastik, pembungkusan plastik, dan sebagainya. Produk plastik menjadi keutamaan kepada pengguna sekarang dan mendapat permintaan yang tinggi.

KERUSI/MEJA/PERABOT

Kerusi dan meja plastik sangat popular di kalangan isi rumah dengan kanak-kanak. Kebiasaannya digunakan di tadika, pusat penjagaan kanak-kanak dan perkhidmatan katering. Kerusi plastik, dan meja kami dibuat dari bahan plastik berkualiti tinggi untuk memastikan ia tidak mudah pecah dan tahan lasak. Datang dalam pelbagai bentuk dan saiz.

TONG SAMPAH

Bekas sampah plastik ini diperbuat daripada plastik yang berkualiti tinggi. Sesuai digunakan dirumah atau dipejabat untuk menjimatkan ruang. Bekas ini datang pelbagai bentuk saiz dan kapasiti.

LACI SIMPANAN SERBAGUNA

Laci plastik direka bentuk khas untuk menjimatkan ruang serta menjadikan ruang tampak kemas. Produk ini datang dalam pelbagai bentuk saiz dan warna.  produk ini sesuai untuk ubat-ubatan, barangan sampel, aksesori, alat tulis, kertas ,alat-alatan dan sebagainya.

BEKAS PERALATAN

Bekas peralatan ini diperbuat daripada plastik yang berkualiti tinggi serta tahan lasak. Ia sesuai untuk barangan seperti aksesori ,peralatan , dan lain-lain. Dengan menggunakan bekas ini dapat menjimatkan ruang penyimpanan serta dapat menyusun atur dengan lebih kemas.

KOTAK SIMPANAN KESELAMATAN

Kotak simpanan keselamatan ini sesuai digunakan untuk menyimpan apa jua barang untuk mengelakkan daripada berlaku kerosakan . plastik yang kami gunakan untuk menghasilkan kotak simpanan ini adalah dari bahan yang berkualiti tinggi , tidak mempunyai bau , serta dapat bertahan dalam jangka masa yang panjang. Produk ini juga sesuai digunakan untuk menjimatkan ruang serta nampak ruang lebih kemas dan teratur.

KOTAK SIMPANAN

Kotak simpanan plastik ini sesuai digunakan untuk menyimpan apa jua barang untuk mengelakkan daripada berlaku kerosakan . plastik yang kami gunakan untuk menghasilkan kotak simpanan ini adalah dari bahan yang berkualiti tinggi , tidak mempunyai bau , serta dapat bertahan dalam jangka masa yang panjang. Produk ini juga sesuai digunakan untuk menjimatkan ruang serta nampak ruang lebih kemas dan teratur.

LACI SIMPANAN & KABINET

Kabinet penyimpanan plastik adalah bebas dari perosak serta tidak mudah menyimpan habuk. Laci simpanan plastik yang  tebal dapat mengelakkan kerosakan dari segi luaran. Kabinet dilengkapi dengan reka bentuk yang pelbagai dan mempunyai pilihan warna yang menarik  serta  sesuai untuk kegunaan rumah dan pejabat. Laci ini mudah untuk dibersihkan dan tidak menyimpan bau yang tidak selesa.

BEKAS & BAKUL INDUSTRI

Bekas industri tahan lasak dibuat dengan bahan plastik yang paling baik dan berkualiti tinggi. Produk ini  sesuai untuk tujuan perindustrian dan kilang. Bekas plastik ini dibina untuk menampung berat serta tahan lasak untuk jangka masa  panjang. Bekas ini boleh disusun atur untuk menjimatkan ruang serta boleh menampakkan ruang tampak kemas.

PALET PLASTIK

Palet plastik dihasilkan menggunakan satu teknologi acuan untuk meningkatkan ketahanan. Palet ini adalah pilihan yang sesuai untuk  forklift dan trak tangan. Tambahan getah anti pergerakan , menjadikannya pilihan yang tepat untuk kegunaan dalaman. Palet datang dalam pelbagai saiz untuk memenuhi permintaan dan keperluan yang berbeza.

+6011-56311385

©2019 by Sediada Biz Sdn Bhd.

bottom of page